faq   hubungi  maklumbalas      peta

Soalan   Hubungi      Aduan &         Peta

Lazim      Kami      Maklumbalas    Laman

IPOH , 7 Jun 2015 –  Dengan sokongan dari semua pihak, Pejabat Kewangan Negeri telah menyertai kejohanan SUPERB Se-Malaysia tahun 2015 di Terengganu. Kejohanan tersebut telah ditukar nama kepada SUPERB yang sebelum ini diberi nama sukan Dwitahunan Pejabat-Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Se-Malaysia. Kejohanan tersebut berlangsung selama 5 hari. Pelbagai acara dipertandingkan iaitu badminton, futsal, karom, bowling, dart dan ping pong. Pejabat Kewangan Negeri Perak berjaya menjadi naib johan acara futsal dan dianugerahkan free play dalam acara tersebut. Selain itu, terdapat acara boling padang dan golf yang dipertandingkan untuk VIP.