Majlis Perjumpaan Dengan Yang Berhormat Dato’ Pejabat Kewangan Negeri Perak

 IPOH, 6 Januari 2017 – Satu majlis perjumpaan dengan Yang Berhormat Dato’ Pejabat Kewangan Negeri Perak telah diadakan di Bilik Gerakan Negeri, Pejabat SUK Perak di mana semua kakitangan telah hadir bagi melaksanakan ikrar dan menandatangani borang perakuan untuk tandatangan oleh penjawat awam berkenaan akta rahsia rasmi 1972. Pada masa yang sama juga Surat Akuan Penjawat Awam Yang Terlibat Dengan Perolehan juga ditandatangani.

Majlis juga disertai dengan penyampaian bendera untuk kejohanan Sukan Dwi Tahunan Pejabat-pejabat Kewangan dan Perbendaharaan SEMalaysia (SUPERB) kali ke XIV tahun 2017 di mana Perak telah dipilih untuk menjadi tuan rumah pada kali ini. Perlantikan dan penyerahan sijil kepada pengurus-pengurus bagi acara sukan masing-masing juga telah dilaksanakan.

 

majlis ikrar       superb

majlis tandatangan

      penyerahan bendera