faq   hubungi  maklumbalas      peta

Soalan   Hubungi      Aduan &         Peta

Lazim      Kami      Maklumbalas    Laman

IPOH, 13 Januari - Satu sesi taklimat khas bertujuan untuk memberi penerangan mengenai tindakan yang perlu dilaksanakan oleh setiap Jabatan/Agensi berlandaskan ketetapan Pekeliling Pejabat Kewangan Negeri Perak tahun 2020 telah diadakan di Bangunan Banquet, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak pada hari ini. Taklimat yang bermula pada pukul 9 pagi itu dimulakan dengan bacaan doa dan kata-kata aluan dari Y.B. Dato' PKN. Ianya disusuli dengan taklimat berkaitan Anggaran Perbelanjaan 2020, Garis Panduan Langkah-Langkah Mengoptimumkan Perbelanjaan Kerajaan Negeri, Garis Panduan Kelayakan Perabot Di Kuarters Penjawat Awam, Peraturan Perolehan Agensi Penerima Peruntukan Kerajaan, Pengurusan Tabung Amanah Bencana Negeri, Garis Panduan Perbelanjaan Darurat (AP55) dan Perolehan Darurat (AP 172.3) dan Taklimat Peruntukan Kecemasan DO Vot P02. Hampir 400 orang wakil dari Jabatan/Agensi seluruh negeri Perak telah hadir pada sesi taklimat ini.