faq   hubungi  maklumbalas      peta

Soalan   Hubungi      Aduan &         Peta

Lazim      Kami      Maklumbalas    Laman

Ipoh, 23 Oktober 2020 – Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) Peringkat Negeri Bil 1/2020 telah dijalankan bertempat di Casuarina Convention Centre (CCC), Casuarina@Meru, Ipoh. Mesyuarat yang dihadiri oleh seramai 130 pegawai dan kakitangan dari Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri ini dipengerusikan oleh Cik Aida Hazlyn binti Hassan, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Perak. Mesyuarat yang dijalankan bermula pada jam 9.00 pagi bertujuan untuk menjadi satu platform bagi pelaporan dan pemantauan prestasi perbelanjaan mengurus, perbelanjaan pembangunan, perkongsian penemuan naziran, pengurusan aset jabatan dan seterusnya memberi peluang kepada semua jabatan dan agensi untuk mengutarakan isu-isu terkini berkaitan kewangan. 

 

 

WhatsApp Image 2020 10 23 at 21817 AM 1          WhatsApp Image 2020 10 23 at 21818 AMWhatsApp Image 2020 10 23 at 21818 AM 1          WhatsApp Image 2020 10 23 at 21818 AM 2     WhatsApp Image 2020 10 23 at 21819 AM          WhatsApp Image 2020 10 23 at 21817 AM