• PROGRAM DIALOG BELANJAWAN 2022 PERAK DARUL RIDZUAN
  • PROGRAM DIALOG BELANJAWAN 2022 PERAK DARUL RIDZUAN
  • PROGRAM DIALOG BELANJAWAN 2022 PERAK DARUL RIDZUAN
  • PROGRAM DIALOG BELANJAWAN 2022 PERAK DARUL RIDZUAN

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

IPOH, 20 SEPTEMBER 2021- YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Saarani bin Mohamad telah mempengerusikan Program Dialog Belanjawan 2022 Perak Darul Ridzuan di Bilik Gerakan, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Dalam sesi dialog tersebut, YAB Dato’ Saarani bin Mohamad telah mengadakan perbincangan bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Unit Perancangan Ekonomi (UPEN) dan Pejabat Kewangan Negeri (PKN) mengenai Cadangan Pembangunan Negeri Perak 2022.

Selain itu, kedudukan kewangan negeri turut dibincangkan dengan mengambil kira pelbagai sudut sebelum Belanjawan 2022 Negeri Perak dibentangkan.


 
  • PENYAMPAIAN SIJIL AUDIT BERSIH PENYATA KEWANGAN NEGERI TAHUN 2020
  • PENYAMPAIAN SIJIL AUDIT BERSIH PENYATA KEWANGAN NEGERI TAHUN 2020
  • PENYAMPAIAN SIJIL AUDIT BERSIH PENYATA KEWANGAN NEGERI TAHUN 2020

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

IPOH, 9 September 2021 - YB Pegawai Kewangan Negeri  telah menerima kunjungan dari Pengarah Audit Negeri Perak, Cik Selwah Bt Hj Said  bertempat di Bilik Gerakan, Bangunan Perak Darul Ridzuan. Turut serta Timbalan Pegawai Kewangan Negeri serta pegawai-pegawai dari Pejabat Kewangan Negeri dan Jabatan Audit Negara Malaysia Negeri Perak.

Tujuan utama kunjungan ini diadakan adalah untuk menyampaikan Sijil Audit Bersih Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Perak bagi Tahun 2020. Selain itu, perbincangan berkenaan penambahbaikan isu-isu perakaunan dan pengauditan turut dijalankan bertujuan menambahbaik pengurusan kewangan Kerajaan Negeri.


  • TAKLIMAT BELANJAWAN 2021 NEGERI PERAK
  • TAKLIMAT BELANJAWAN 2021 NEGERI PERAK
  • TAKLIMAT BELANJAWAN 2021 NEGERI PERAK
  • TAKLIMAT BELANJAWAN 2021 NEGERI PERAK

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Satu program Taklimat Belanjawan 2021 Negeri Perak telah diadakan pada 15 Disember 2020 (Selasa) bertempat di Casuarina Convention Centre (CCC), Casuarina@Meru, Ipoh. Taklimat yang dijalankan bermula pada jam 10.00 pagi itu bertujuan menyampaikan maklumat awal kepada semua peserta berkenaan Belanjawan Negeri Perak Tahun 2021. Antara peserta yang hadir adalah kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri atau wakil, Ketua-Ketua Jabatan serta turut dihadiri YAB Menteri Besar Perak. Taklimat disampaikan oleh YB Pegawai Kewangan Negeri serta Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) Negeri Perak.


  • MAJLIS PERUTUSAN TAHUN 2021 OLEH YB. DATO' PEGAWAI KEWANGAN NEGERI
  • MAJLIS PERUTUSAN TAHUN 2021 OLEH YB. DATO' PEGAWAI KEWANGAN NEGERI
  • MAJLIS PERUTUSAN TAHUN 2021 OLEH YB. DATO' PEGAWAI KEWANGAN NEGERI
  • MAJLIS PERUTUSAN TAHUN 2021 OLEH YB. DATO' PEGAWAI KEWANGAN NEGERI
  • MAJLIS PERUTUSAN TAHUN 2021 OLEH YB. DATO' PEGAWAI KEWANGAN NEGERI

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

IPOH, 5 Januari 2021 - Majlis Perutusan Tahun 2021 oleh YB. Dato' Pegawai Kewangan Negeri serta Sesi Menandatangani Perakuan Akta Rahsia Rasmi 1972 & Surat Akuan Oleh Penjawat Awam Yang Terlibat Dalam Perolehan (Integrity Pact) telah diadakan di Bilik Makan Adun, Aras 2, Bangunan Perak Darul Ridzuan. Majlis ini diketuai dengan bacaan ikrar oleh Encik Khairul Amir bin Jamal dan Encik Muhamad Mahfuz bin Mohd Hatar. Seramai 94 orang pegawai dan kakitangan yang terlibat.


Go Live 1SPEKS Peringkat Negeri Perak

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

IPOH, 8 Januari 2018 – Go Live 1SPEKS (Sistem Perakaunan Berkomputer Standard Kerajaan Negeri) bagi negeri Perak akan bermula pada 8 Januari 2018 di peringkat Pejabat Kewangan Negeri Perak dan Bendahari Negeri Perak manakala di peringkat PTJ adalah pada 9 Januari 2018.


  • Hakcipta Terpelihara © 2021 PKN ● Kemaskini Terakhir: 21-09-2021, 13:08:54 PM.
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Firefox atau Chrome yang terkini