Objektif Kualiti

Objektif Kualiti

. Posted in Kualiti ISO 9000 : 2000

  • Mengeluarkan Waran Am dan Waran Kumpulan Wang Pembangunan dalam tempoh 7 hari bekerja pada minggu pertama dalam bulan Januari.
  • Mengeluarkan Pekeliling Kewangan yang berhubung dengan garis panduan bagi penyediaan belanjawan tahunan sebelum akhir bulan Mac.
  • Mengadakan pemeriksaan belanjawan mulai bulan Mei hingga bulan Julai.
  • Menyediakan belanjawan negeri yang berhemah dan mengikut peraturan-peraturan serta prinsip-prinsip kewangan yang ditetapkan oleh undang-undang untuk dibentangkan bagi kelulusan Dewan Negeri sebelum akhir bulan September.
  • Memberi keputusan ke atas permohonan pindah peruntukan yang teratur di bawah bidang kuasa Y.B. Pegawai Kewangan Negeri dalam tempoh 7 hari bekerja daripada tarikh permohonan diterima.
  • Memberi keputusan ke atas permohonan pengecualian daripada Arahan Perbendaharaan, Pekeliling dan Surat Pekeliling Perbendaharaan yang teratur dalam tempoh 7 hari bekerja daripada tarikh permohonan diterima.
  • Mengawal perbelanjaan Negeri dengan memastikan bayaran tidak melebihi peruntukan yang diluluskan kecuali pembayaran emolumen dan imbuhan tahunan serta yang mendapat kelulusan berbelanja melebihi peruntukan.
  • Membuat bayaran dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh penerimaan baucar bayaran yang lengkap.
  • Menyediakan laporan-laporan gaji dan elaun tetap bulanan sebelum 15 haribulan setiap bulan.