• Utama
  • Profil Jabatan
  • Perutusan Pegawai Kewangan Negeri

Perutusan Y.B. Pegawai Kewangan Negeri

Y.B. Dato' Haji Mohd. Gazali bin Jalal

ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan/puan kerana sudi melawat Portal Rasmi Pejabat Kewangan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Perkhidmatan yang efektif sememangnya bergantung kepada keupayaan melaksanakan tugas sejajar dengan perkembangan semasa serta bidang teknologi maklumat dan multimedia telah menyediakan satu kaedah baru bagi menyempurnakan tugas. Menyedari betapa pentingnya dimanfaatkan sepenuhnya penggunaan teknologi maklumat, maka Pejabat Kewangan Negeri Perak telah mewujudkan Portal rasmi ini bagi menyediakan sistem penyampain yang lebih efektif.

Portal ini bertujuan untuk menyediakan maklumat yang berkait rapat dengan pengurusan kewangan khususnya dari aspek perundangan, peraturan dan prosedur yang di terima pakai di peringkat negeri. Portal ini turut menerangkan objektif, misi, dasar kualiti, piagam pelanggan dan beberapa perkara lain mengenai Pejabat Kewangan Negeri Perak.

Selain itu, maklumat-maklumat yang diperlukan oleh pelanggan-pelanggan jabatan ini sama ada daripada kalangan rakyat, jabatan atau pihak swasta juga disediakan. Pembangunan Portal ini juga menepati kriteria-kriteria yang dikehendaki oleh oleh pihak Malaysia Digital Economy (MDEC) dan sentiasa dikemaskini. Adalah menjadi harapan saya agar maklumat yang diperoleh nanti akan memberi faedah kepada pelanggan jabatan.

Sekian, terima kasih.

Dato' Haji Mohd. Gazali bin Jalal, DPMP, PCM, AMP
Y.B. Pegawai Kewangan Negeri
Perak Darul Ridzuan.