• Utama
  • Profil Jabatan
  • Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

Piagam pelanggan Pejabat Kewangan Negeri Perak Darul Ridzuan:

(i) Mengeluarkan Waran Am dan Waran Kumpulanwang Pembangunan sebelum akhir Disember.

(ii) Mengeluarkan Waran Peruntukan kepada Pegawai Pengawal pada minggu pertama Januari.

(iii) Memberi keputusan ke atas permohonan pengecualian daripada Arahan Perbendaharaan, Pekeliling dan Surat Pekeliling Perbendaharaan yang teratur dalam tempoh 7 hari bekerja daripada tarikh permohonanan diterima.

(iv) Memberi keputusan ke atas permohonan pindah peruntukan yang teratur di bawah bidang kuasa Y.B. Pegawai Kewangan Negeri dalam tempoh 7 hari bekerja daripada tarikh permohonan diterima.

(v) Memberikan keputusan permohonan pinjaman kenderaan, pinjaman komputer, skim pembiayaan keahlian kelab rekreasi dan sukan serta pendahuluan diri yang teratur dalam tempoh5 haribekerja daripada tarikh permohonan diterima.

(vi) Menyedia dan menghantar Penyata Kewangan Tahunan Kerajaan Negeri kepada Ketua Audit Negara sebelum akhir bulan Mei.

(vii) Membuat bayaran dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh penerimaan baucar bayaran yang lengkap.

(viii) Mengeluarkan resit Perbendaharaan Negeri bagi akuan terimaan dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh penerimaan Penyata Pemungut.

(ix) Laporan-laporan Emolumen dan potongan gaji bulanan disediakan sebelum 15 haribulan setiap bulan.