faq   hubungi  maklumbalas      peta

Soalan   Hubungi      Aduan &         Peta

Lazim      Kami      Maklumbalas    Laman

IPOH - Lebih 1,000 warga kerja Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dekat sini hadir memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri SUK Perak 2019 di Dewan Banquet, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak hari ini.

Majlis yang bermula pada pukul 11 pagi itu diserikan lagi dengan persembahan dari Kumpulan Selendang Perak serta pelbagai jenis  juadah hari raya.

Turut hadir memeriahkan majlis yang bertemakan Vintage Raya 2019 itu adalah YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu dan isteri, Datin Seri Nomee Ashikin Bin Dato’ Mohammed Radzi.

Pada majlis itu juga diadakan pertandingan gerai terbaik dimana Pejabat Kewangan Negeri Perak telah dinobatkan sebagai Johan dan memenangi hadiah wang tunai RM 1000.

 

 Jamuan Raya SUK 2019