IPOH, 24 Oktober - Satu sesi taklimat penutupan akaun negeri Perak telah diadakan pada hari ini bertempat di Bangunan Banquet Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Taklimat yang bermula pada pukul 9.00 pagi itu telah dihadiri seramai lebih kurang 400 orang wakil PTJ dari seluruh negeri Perak. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Bendahari Negeri Pn.Noor Hafidzah binti Hassan dan Ketua Unit Perakaunan Pn.Khamsiah bt Abdul Majid.