IPOH, 31 Oktober - Seramai 5 kumpulan dari Pejabat Kewangan Negeri Perak telah menyertai pertandingan Inorace Produktiviti Ipoh Food Hunt Tahun 2019. Pertandingan yang dianjurkan oleh Bahagian Korporat Pejabat SUK Perak itu disertai oleh 265 orang penjawat awam negeri yang dibahagikan kepada 65 kumpulan.Innorace pada tahun ini membawa kelainan dengan tema Ipoh Food Hunt yang juga bertujuan untuk mempromosikan makanan pilihan dan tempat-tempat menarik sekitar Bandaraya Ipoh.Berkonsepkan pertandingan explorace, para peserta diberikan tugasan seperti penghasilan produk, penyelesaian soalan inovasi serta cabaran menghabiskan makanan sebelum mereka memperoleh klu untuk ke lokasi seterusnya.Pejabat Kewangan Negeri Perak telah memenangi tempat kedua melalui Kumpulan Fazura & The Abang2 dan pakaian tercantik melalui kumpulan Girl Power.