HARI SEMAKAN BUKU REKOD PERKHIDMATAN 2020
Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Kewangan Negeri Perak akan mengadakan Hari Semakan Buku Perkhidmatan bermula pada 4 November 2020 sehingga 5 November 2020. Tujuan Program ini adalah bagi membolehkan kakitangan Pejabat Kewangan Negeri Perak untuk membuat semakan Buku Rekod Perkhidmatan masing-masing supaya sebarang perubahan yang dicatatkan di dalam Buku Rekod Perkhidmatan adalah tepat dan dikemaskini. Diantara kriteria semakan adalah Maklumat Peribadi, Kenyataan Perkhidmatan, Kenyataan Cuti dan Lembaran Kelakuan.