Informasi - Bantuan W3C

Portal Rasmi Pejabat Kewangan Negeri Perak menyediakan kemudahan untuk capaian Orang Kurang Upaya (OKU) / Disability Access.

 

Pengguna cacat penglihatan
Dapatkan IE Page Reader disini.

  1. Sebelum anda boleh menggunakan komponen ini, anda harus memuat turun MS Speech API. Jika anda menggunakan Windows2000, besar kemungkinan sistem anda sudah memiliki komponen ini.
     
  2. Anda juga perlu memuat turun sekurang-kurangnya satu Speech engine . Speech engine adalah 'suara' seseorang lelaki atau perempuan, yang akan bercakap dalam Bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain.
     
    Untuk arahan selanjutnya bagi menggunakan komponen ini, sila klik disini .


Pengguna buta warna
Bagi pengguna buta warna, terdapat beberapa pilihan warna disediakan diruangan atas setiap halaman Laman Web Rasmi JANM. Pengguna boleh memilih warna daripada seleksi warna yang disediakan samada putih, hitam, hijau atau merah. Warna templet Portal Rasmi PKN Perak akan berubah serta-merta mengikut warna yang dipilih.

 

Pengguna warga tua
Bagi pengguna warga tua, Portal Rasmi PKN Perak ada menyediakan kemudahan pilihan saiz teks yang berbeza. Pilihan saiz teks tersebut dipaparkan di ruangan atas setiap halaman Portal Rasmi PKN Perak. Pengguna boleh memilih samada untuk memilih saiz teks yang lebih besar atau lebih kecil, mengikut kesesuaian.