Pada 9 September 2022 (Jumaat) bertempat di Dewan Bankuet, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak telah berlangsung Sesi Dialog Belanjawan Negeri Perak 2023. Sesi ini disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Dato’ Saarani bin Mohamad dihadiri oleh Yang Berhormat EXCO Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Negeri serta ketua-ketua jabatan Negeri Perak.
Pada sesi tersebut, Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Mohd Zaki bin Mahyudin telah membentangkan Kedudukan Kewangan disusuli pembentangan dari Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri iaitu Puan Halizah binti Sipun berkenaan peruntukan pembangunan Negeri Perak. Sesi dialog diteruskan selepas sesi pembentangan tersebut bagi mendapatkan cadangan, pandangan serta input berkaitan perancangan peruntukan bagi tahun 2023.