Jumaat, 3 Mac 2023, Pejabat Kewangan Negeri Perak telah mengadakan Sesi Taklimat Pekeliling Kewangan Bilangan 1 Tahun 2023 dan Pekeliling Kewangan Bilangan 2 Tahun 2023. Taklimat ini diadakan secara dalam talian bermula jam 9.00 pagi disertai oleh lebih 290 peserta dari jabatan dan agensi di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak.
Taklimat ini bertujuan memberi kefahaman kepada jabatan dan agensi mengenai kandungan Pekeliling Kewangan Bilangan 1 Tahun 2023 yang berkaitan dengan Anggaran Perbelanjaan Negeri Perak Darul Ridzuan 2023. Pekeliling Kewangan Bilangan 2 Tahun 2023 pula menekankan Garis Panduan Langkah-langkah Mengoptimumkan Perbelanjaan Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan. Selain itu, sesi ini turut memberi peluang jabatan berinteraksi terus kepada pegawai-pegawai dari Pejabat Kewangan Negeri memandangkan semua pegawai terlibat di dalam sesi tersebut.
Sesi dimulakan dengan ucapan aluan oleh Cik Aida Hazlyn binti Hassan, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Perak. Taklimat Pekeliling Bilangan 1 dan 2 tahun 2023 disampaikan oleh Puan Siti Suraya Binti Muhamad Taib iaitu Ketua Pen. Pegawai Kewangan Negeri (Bajet). Sesi ini turut dihadiri oleh En. Megat Amirul Zaini Jamalullail bin Megat Jamaludin, Bendahari Negeri Perak. Sesi taklimat tamat pada jam 12 tengah hari.