Multi Language [EN] [BM]
Peta Laman Portal MyGOV
W3C Disability Accessibility
Senarai Arkib

Dasar Privasi

Pekeliling Terkini Berita & Aktiviti Carta Organisasi Soalan Lazim Piagam Pelanggan
Hubungi Kami
Notis Terkini Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Buku Belanjawan Tahunan

1.png

Taklimat Pekeliling Kewangan Kewangan Bilangan 1 dan 2 Tahun 2024.

Taklimat Pekeliling Kewangan Kewangan Bilangan 1 dan 2 Tahun 2024.

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

Taklimat Pekeliling Kewangan Kewangan Bilangan 1 dan 2 Tahun 2024 telah diadakan pada Hari Isnin 30 Januari 2024 bertempat di Arkadia Event Place, Rumah Kelab Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perak (PKNP). Sesi ini adalah kesinambungan dari program Majlis Apresiasi Literasi Kewangan yg telah dihadiri oleh ketua-ketua jabatan, manakala sesi taklimat ini pula melibatkan anggota jabatan/agensi yang terlibat secara langsung dengan urusan urusan Kewangan di jabatan masing-masing.


Taklimat ini bertujuan memberi kefahaman kepada jabatan dan agensi di bawah Kerajaan Negeri Perak mengenai kandungan Pekeliling Kewangan Bilangan 1 Tahun 2024 yang berkaitan dengan Anggaran Perbelanjaan Negeri Perak Darul Ridzuan 2024. Pekeliling Kewangan Bilangan 2 Tahun 2024 pula menekankan Pengurusan Perbelanjaan Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan. Selain itu, sesi ini turut memberi peluang jabatan berinteraksi terus kepada pegawai-pegawai dari Pejabat Kewangan Negeri yang turut terlibat dalam sesi tersebut.


Sesi dimulakan dengan ucapan aluan oleh Cik Aida Hazlyn binti Hassan, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Perak. Taklimat Pekeliling Bilangan 1 dan 2 tahun 2024 disampaikan oleh Puan Haslina Binti Tan Sali iaitu Ketua Pen. Pegawai Kewangan Negeri (Bajet & Pinjaman). Sesi taklimat tamat pada jam 12 tengah hari.


button_icon