Multi Language [EN] [BM]
Peta Laman Portal MyGOV
W3C Disability Accessibility
Senarai Arkib

Dasar Privasi

Pekeliling Terkini Berita & Aktiviti Carta Organisasi Soalan Lazim Piagam Pelanggan
Hubungi Kami
Notis Terkini Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Buku Belanjawan Tahunan

1.png

Majlis Apresiasi dan Literasi Kewangan

Majlis Apresiasi dan Literasi Kewangan

Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

Majlis Apresiasi dan Literasi Kewangan telah diadakan pada Hari Isnin 29 Januari 2024 bertempat di Arkadia Event Place, Rumah Kelab Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perak (PKNP). Majlis ini telah dihadiri oleh ketua-ketua dan wakil jabatan negeri Perak. Ia bertujuan untuk memberi penghargaan kepada jabatan-jabatan yang telah mendapat markah cemerlang dalam pengurusan kewangan yang dinilai melalui sesi pengauditan yang dilaksanakan oleh Unit Naziran, Pejabat Kewangan Negeri Perak sepanjang tahun 2023. Majlis dimulakan dengan ucapan apresiasi oleh YB Pegawai Kewangan Negeri Perak iaitu Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin dan disusuli dengan sesi penyampaian Sijil Apresiasi Pengurusan Kewangan 2023. Majlis diteruskan dengan taklimat oleh Bahagian Audit Dalam, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak bertajuk Antara Kaca Dan Permata: Penemuan Audit Pengurusan Kewangan Tahun 2023. Sesi diakhiri dengan taklimat oleh Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Perak iaitu Cik Aida Hazlyn Binti Hassan bertajuk Pengurusan Kewangan Berhemat: Hidup Akur, Ikut Catur yang turut berkisar dengan Pekeliling Kewangan Bilangan 1 dan Bilangan 2 Tahun 2024.


button_icon