Multi Language [EN] [BM]
Peta Laman Portal MyGOV
W3C Disability Accessibility
Senarai Arkib Pekeliling Terkini Berita & Aktiviti Carta Organisasi Soalan Lazim Piagam Pelanggan
Hubungi Kami
Notis Terkini Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Buku Belanjawan Tahunan

1.png

  • Kursus Audit Dalam Berkaitan Pengurusan MS ISO 9001:2015 (MKSP) dan ABMS 37001:2016 (ABMS
  • Kursus Audit Dalam Berkaitan Pengurusan MS ISO 9001:2015 (MKSP) dan ABMS 37001:2016 (ABMS
  • Kursus Audit Dalam Berkaitan Pengurusan MS ISO 9001:2015 (MKSP) dan ABMS 37001:2016 (ABMS

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

IPOH, PERAK 28 Mei 2025 – 30 Mei 2025 - Pejabat Kewangan Negeri Perak telah menganjurkan Kursus Audit Dalam Berkaitan Pengurusan MS ISO 9001:2015 (MKSP) dan ABMS 37001:2016 (ABMS) yang telah berlangsung selama 3 (Tiga) hari di Bilik Makan ADUN, Aras 2, Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Kursus ini bertujuan untuk bagi memastikan penilaian ke atas kesediaan maklumat yang didokumentasikan dan penilaian pematuhan terhadap pelaksanaan Anti Bribery Management System (ABMS) serta keberkesanan audit dalam yang dijalankan, Kursus ini perlu dilaksanakan bagi menambahbaik proses pengauditan sistem pengurusan antirasuah dalam organisasi yang lebih berkesan berdasarkan keperluan standard yang telah ditetapkan. Kursus ini melibatkan seramai 30 orang peserta dari semua Unit yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan yang terlibat secara langsung dalam tugas-tugas dokumentasi ISO dibawah jawatankuasa MS ISO 9001:2015 (QMS) & MS ISO 37001:2016 (ABMS). Ucapan terima kasih di atas kehadiran dan kerjasama semua peserta sepanjang kursus berlangsung.


 
MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN DAN PEJABAT KEWANGAN NEGERI PERAK

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

IPOH, PERAK 26 Mei 2025 – YB. Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak telah menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2024 anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak yang berlangsung di AC Hotel by Marriot, Ipoh Perak. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran YAB Dato' Seri Haji Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak dan YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri, selaku tetamu kehormat. Kehadiran beliau bersama barisan kepimpinan tertinggi ini mencerminkan sokongan padu terhadap usaha mengiktiraf kecemerlangan perkhidmatan.

Majlis ini juga dihadiri oleh para penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Pejabat Kewangan Negeri Perak bersama warga kerja yang turut sama meraikan majlis tersebut.


Penceramah Kursus ABT
KURSUS AKAUN BELUM TERIMA

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Pejabat Kewangan Negeri Perak telah menganjurkan Kursus Akaun Belum Terima (ABT) pada 14 hingga 16 Mei 2025 bertempat di Hotel Casuarina@Meru, Ipoh. Kursus ini disempurnakan dengan kehadiran Tuan Megat Amirul Zaini Jamalullail bin Megat Jamaluddin, Bendahari Negeri Perak yang hadir bagi merasmikan kursus tersebut.

Sasaran peserta kursus ini adalah dari kalangan pegawai dan anggota dari beberapa jabatan di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak. Fokus bagi kursus ini adalah berkaitan kawalan dan pengurusan Akaun Belum Terima yang mana ianya menjadi salah satu elemen penting Penyata Kewangan.

Kursus telah dihadiri oleh seramai 60 orang peserta yang terdiri dari pegawai dan anggota yang terlibat secara langsung dalam pengurusan Akaun Belum Terima.


Ucapan alu-aluan kursus oleh Cik Aida Hazlyn binti Hassan, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri
KURSUS TATACARA DAN KAEDAH PEROLEHAN KERAJAAN

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Pejabat Kewangan Negeri Perak telah menganjurkan kursus Tatacara Dan Kaedah Perolehan Kerajaan pada 5 Hingga 7 Mei 2025 Bertempat Di Hotel  Zenith, Kuantan. Seramai 80 orang peserta yang terlibat menyertai kursus ini. Peserta terdiri dari Pejabat Kewangan Negeri, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak , Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak, Pejabat Daerah dan Tanah, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perak.

 

Peserta kursus ini mendapat tunjuk ajar penceramah jemputan dari Ibu Pejabat JKR Malaysia iaitu Encik Ir. Dr. Rahizuan bin Hamid, Puan Ts. Farahazliza Hazie binti Abu Hari dari Ibu Pejabat JKR Malaysia (Cawangan Arkitek) dan Encik Adi Maliki Adnan dari Kementerian Pengajian Tinggi.

 

Kursus perolehan tersebut diadakan untuk memberi pendedahan berkaitan pekeliling-pekeliling semasa serta kaedah dan tatacara perolehan yang sedang berkuatkuasa.


  • KURSUS TATACARA DAN KAEDAH PEROLEHAN KERAJAAN
  • KURSUS TATACARA DAN KAEDAH PEROLEHAN KERAJAAN
  • KURSUS TATACARA DAN KAEDAH PEROLEHAN KERAJAAN

Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif

Pejabat Kewangan Negeri Perak telah menganjurkan Kursus Tatacara Dan Kaedah Perolehan Kerajaan pada 20 dan 21 Januari 2025 bertempat di Hotel Casuarina@Meru, Ipoh. Kursus ini disempurnakan dengan kehadiran YB Pegawai Kewangan Negeri Perak iaitu Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin yang hadir bagi merasmikan kursus tersebut.


Sasaran peserta kursus ini adalah dari kalangan pegawai dan anggota dari jabatan di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak. Fokus bagi kursus ini adalah berkaitan Punca Kuasa, Prinsip, Dasar dan Kaedah Perolehan. Kaedah perolehan yang berkaitan adalah Secara Pembelian Terus, Sebut Harga dan Tender serta Rundingan Terus. Selain dari itu, kursus ini juga menekankan pentadbiran kontrak dalam perolehan kerajaan.


button_icon