IPOH, PERAK 26 Mei 2025 – YB. Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak telah menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2024 anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak yang berlangsung di AC Hotel by Marriot, Ipoh Perak. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran YAB Dato' Seri Haji Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak dan YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri, selaku tetamu kehormat. Kehadiran beliau bersama barisan kepimpinan tertinggi ini mencerminkan sokongan padu terhadap usaha mengiktiraf kecemerlangan perkhidmatan.
Majlis ini juga dihadiri oleh para penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Pejabat Kewangan Negeri Perak bersama warga kerja yang turut sama meraikan majlis tersebut.