IPOH, 21 Januari 2026 – Pejabat Kewangan Negeri Perak telah mengadakan Majlis Amanat Tahun Baru 2026 yang disempurnakan oleh YB Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin, bertempat di Bilik Makan ADUN, Aras 2, Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Majlis ini turut disekalikan dengan sesi menandatangani Perakuan Akta Rahsia Rasmi 1972, Integrity Pact, dan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) melibatkan seluruh warga kerja.
Dalam amanat beliau, YB Dato’ mengingatkan semua kakitangan supaya sentiasa proaktif dan responsif terhadap keperluan semasa. Beliau turut menegaskan kepentingan integriti yang tinggi dalam setiap pelaksanaan tugas bagi memastikan tata kelola kewangan negeri kekal cemerlang sepanjang tahun 2026.
