Multi Language [EN] [BM]
Peta Laman Portal MyGOV
W3C Disability Accessibility
Senarai Arkib

Dasar Privasi

Pekeliling Terkini Berita & Aktiviti Carta Organisasi Soalan Lazim Piagam Pelanggan
Hubungi Kami
Notis Terkini Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Buku Belanjawan Tahunan

1.png

FAQs Pengurusan

Anda Disini : Laman Utama  >  Soalan Lazim > FAQs Pengurusan

FAQs Pengurusan

 1. Apakah yang dimaksudkan dengan Aset Kerajaan Negeri?

Jawapan.

Aset ialah harta benda kepunyaan atau milikan atau di bawah kawalan kerajaan yang dibeli atau disewa beli dengan wang Kerajaan, yang diterima melalui sumbangan atau hadiah atau diperolehi melalui proses perundangan

 

2.  Apakah yang dimaksudkan dengan Aset Alih?

Jawapan.

Aset Alih bermaksud aset yang boleh dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain termasuk aset yang dibekalkan atau dipasang bersekali dengan bangunan.

 

3. Apakah pekeliling yang berkaitan dengan tatacara pengurusan aset dan bagaimana untuk mendapatkannya?

Jawapan.

Kerajaan Negeri mengguna pakai Kerajaan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5/2007, Tatacara Pengurusan Aset Alih dan boleh mendapatkannya melalui http://www.treasury.gov.my.

 

4. Aset terbahagi kepada beberapa kumpulan dan bagaimanakah cara untuk mengkategorikannya?

Jawapan.

Aset terbahagi kepada dua kumpulan iaitu:

a) Harta Modal

Aset Alih yang harga perolehan asalnya RM1,000.00  dan ke atas setiap satu; atau

Aset Alih yang memerlukan penyelenggaraan secara berjadual tanpa mengira harga perolehan asal. Penyelenggaraan secara berjadual merujuk kepada aset yang memerlukan penyelenggaraan seperti yang telah disyaratkan di dalam manual/buku panduan pengguna.

b) Inventori

Aset Alih yang harga perolehan asalnya kurang daripada RM1,000.00 setiap satu dan tidak memerlukan penyelenggaraan berjadual.

Perabot, hamparan, hiasan, langsir dan pinggan mangkuk tanpa mengira harga perolehan asal.

 

5. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil oleh jabatan untuk melupuskan aset?

Jawapan.

Langkah-langkahnya ialah:

  1. Jabatan kenal pasti aset yang hendak dilupuskan
  2. Ketua Jabatan hendaklah melantik pegawai sebagai Ahli Lembaga Pemeriksa dengan menggunakan borang KEW.P.A.15 yang terdiri daripada 2 orang dan tempoh lantikan tidak melebihi 2 tahun
  3. Bagi pelupusan kenderaan jabatan hendaklah mengisi borang Perakuan Pelupusan (PEP) KEW.P.A. 16 dan dihantar ke JKR Mekanikal untuk pemeriksaan
  4. Kemukakan Laporan Lembaga Pemeriksa KEW.P.A.17 yang telah ditandatangan oleh Lembaga Pemeriksa bersama syor pelupusan kepada Pejabat Kewangan Negeri untuk diluluskan oleh Pegawai Kewangan Negeri sekiranya melebihi had kuasa pelupusan
  5. Setelah menerima kelulusan daripada Pegawai Kewangan Negeri, jabatan hendaklah membuat pelupusan sebagaimana yang telah diluluskan
  6. Sediakan sijil pelupusan KEW.P.A.19 dan dihantar kepada Pegawai Kewangan Negeri dan direkod di jabatan

 

6. Bagi pelupusan peralatan komputer, adakah borang Perakuan Pelupusan KEW.P.A. 16 perlu disediakan mengikut bilangan peralatan yang ingin dilupuskan.

Jawapan.

Jabatan boleh menggunakan borang Perakuan Pelupusan KEW.P.A.16 dan menyatakan “SEPERTI DI LAMPIRAN” bagi menerangkan alat-alat komputer yang hendah dilupuskan. Lampiran peralatan komputer yang ingin dilupuskan perlu disertakan

 

7. Siapakah kuasa melupus aset alih Kerajaan Negeri

Jawapan.

Kerajaan Negeri telah mengeluarkan Pekeliling Kewangan Negeri Perak Bil. 4 Tahun 2010 - Perwakilan Kuasa Pelupusan Aset Alih dan Menghapus Kira Kehilangan Aset Alih Kerajaan Negeri. Pekeliling tersebut menjelaskan bahawa kuasa melupus aset negeri adalah :

 

Pegawai Kewangan Negeri dan Timbalan Pegawai Kewangan Negeri  

Nilai asal perolehan aset alih tidak lebih daripada RM200,000 bagi tiap-tiap barang individu dan tidak lebih daripada RM500,000 bagi nilai agregatnya untuk semua kaedah pelupusan;

 

Ketua Jabatan (Pegawai Pengawal)

Nilai asal perolehan aset alih tidak lebih daripada RM10,000 bagi tiap-tiap barang individu dan tidak lebih daripada RM50,000 bagi nilai agregatnya untuk semua kaedah pelupusan.

 

8. Siapakah kuasa menghapus kira kehilangan aset alih Kerajaan Negeri?

Jawapan.

Kerajaan Negeri telah mengeluarkan Pekeliling Kewangan Negeri Perak Bil. 4 Tahun 2010 - Perwakilan Kuasa Pelupusan Aset Alih dan Menghapus Kira Kehilangan Aset Alih Kerajaan Negeri. Pekeliling tersebut menjelaskan bahawa kuasa menghapus kira kehilangan aset alih Kerajaan Negeri adalah:

 

Pegawai Kewangan Negeri dan Timbalan Pegawai Kewangan Negeri

Nilai asal perolehan aset alih tidak lebih daripada RM200,000 bagi tiap barang-barang individu dan tidak lebih daripada RM500,000 bagi nilai agregatnya untuk semua jenis aset termasuk kehilangan yang melibatkan kecurian, penipuan atau kecuaian pegawai awam.

button_icon