Multi Language [EN] [BM]
Peta Laman Portal MyGOV
W3C Disability Accessibility
Senarai Arkib

Dasar Privasi

Pekeliling Terkini Berita & Aktiviti Carta Organisasi Soalan Lazim Piagam Pelanggan
Hubungi Kami
Notis Terkini Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Buku Belanjawan Tahunan

1.png

FAQs Perolehan

Anda Disini : Laman Utama  >  Soalan Lazim > FAQs Perolehan

FAQs Perolehan

  1. Apakah gred atau had nilai kewangan yang berkuatkuasa bagi kontraktor kerja untuk perolehan Kerajaan?
  1. Gred dan had kewangan yang berkuat kuasa adalah seperti berikut:

    GRED HAD KEWANGAN -KONTRAKTOR KERJA BANGUNAN / AWAM / MEKANIKAL

    G1 - RM200,000 dan ke bawah

    G2 - Melebihi RM200,000 hingga RM500,000

    G3 - Melebihi RM500,000 hingga RM1,000,000

    G4 - Melebihi RM1,000,000 hingga RM3,000,000

    G5 - Melebihi RM3,000,000 hingga RM5,000,000

    G6- Melebihi RM5,000,000 hingga RM10,000,000

    G7 - Melebihi RM10,000,000

     

    GRED HAD KEWANGAN -KONTRAKTOR KERJA ELEKTRIK

    G1- Sehingga RM200,000

    G2 - Sehingga RM500,000

    G3 - Sehingga RM1,000,000

    G4 - Melebihi RM1,000,000 hingga RM3,000,000

    G5- Melebihi RM3,000,000 hingga RM5,000,000

    G6 - Melebihi RM5,000,000 hingga RM10,000,000

    G7- Melebihi RM10,000,000 dan keatas



  1. 2. Undang-undang dan peraturan berkaitan dengan perolehan Kerajaan termasuklah:

    1. Akta Acara Kewangan 1957 (Disemak 1972)
    2. Akta Kontrak Kerajaan 1949 (Akta 120)
    3. Arahan Perbendaharaan
    4. Surat-surat Pekeliling Perbendaharaan
    5. Pekeliling-pekeliling Kontrak Perbendaharaan
    6. Surat-surat Arahan Perbendaharaan

     

    1. Apakah Had Nilai Pembelian Terus Dan Syarat-Syaratnya

    Had nilai pembelian terus adalah sehingga RM20,000 bagi setiap jenis item  bekalan atau perkhidmatan. Pembelian terus boleh dibuat daripada mana-  mana pembekal yang berdaftar atau tidak berdaftar dengan Kementerian  Kewangan sama ada bertaraf Bumiputera atau bukan Bumiputera.         

  2.  

    1. Bolehkah pembelian terus sehingga RM20,000 dilaksanakan untuk semua jenis perolehan bekalan dan perkhidmatan?

    Pembelian terus sehingga RM20,000 boleh dilaksanakan bagi kebanyakan perolehan bekalan dan perkhidmatan. Walau bagaimanapun, jika terdapat Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) atau Pekeliling Kontrak Perbendaharaan (PKP) atau Arahan Perbendaharaan tertentu yang menetapkan kaedah perolehan yang perlu dilaksanakan oleh Agensi atau pembelian dibuat melalui panel pembekal/pembekal tertentu, maka SPP/PKP/Arahan Perbendaharaan berkenaan hendaklah dipatuhi.Contohnya seperti perkhidmatan percetakan, pembekalan dan penyerahan buku-buku cetakan dan terbitan luar negara, tempahan tiket kapal terbang, pengangkutan barangan import dan sebagainya.

     

    1. Bolehkan pembelian terus dibuat daripada pembekal yang sama?

    Selaras dengan prinsip-prinsip perolehan Kerajaan, perolehan secara pembelian terus hendaklah tidak tertumpu kepada pembekal yang sama/tertentu dan semua pembekal hendaklah diberi peluang yang sama

  3.  

    1. Berapa lamakah tempoh sah laku sebutharga bagi nilai melebihi RM20,000 sehingga RM50,000? Adakah 90 hari dari tarikh tutup notis pelawaan?

    Tempoh sah laku tawaran adalah seperti di Kaedah Perolehan Kerajaan PK 2 hendaklah tidak melebihi 90 hari. Walau bagaimanapun, sebut harga bagi nilai melebihi RM20,000 hingga RM50,000 hendaklah diputuskan secepat mungkin dan oleh itu Jabatan boleh menetapkan tempoh sah laku tawaran tidak melebihi 60 hari.

     

    1. Agensi telah mempelawa 5 lima untuk menyertai satu sebut harga, namun hanya tiga (3) syarikat yang mengemukakan tawaran tersebut, bolehkah agensi meneruskan proses sebutharga tersebut?

    Agensi boleh meneruskan proses sebut harga tersebut kerana Agensi telah pun mematuhi syarat sah pelawaan sebut harga dengan mempelawa lima (5) syarikat. Tiga (3) syarikat yang mengemukakan tawaran tersebut perlulah diproses seperti biasa dan sekiranya melepasi Jawatankuasa Penilaian (harga & teknikal), mereka boleh disyorkan kepada Jawatankuasa Sebut Harga untuk diputuskan. Walau bagaimanapun Jawatankuasa Sebut Harga perlulah berpuas hati dengan penyertaan tiga (3) sahaja syarikat dalam sebut harga tersebut. Sehubungan itu Agensi adalah digalakkan untuk mempelawa lebih daripada lima (5) syarikat untuk mendapatkan lebih persaingan dan nilai faedah terbaik

     

    1. Adakah surat niat yang dikeluarkan bukti kontrak telah dikeluarkan?

    Surat niat tidak mengikat Kerajaan kepada satu perjanjian kontrak dan tidak memberi implikasi bahawa satu kontrak telah wujud.

     

    1. Apakah yang dimaksudkan dengan Surat Setuju Terima (SST)?

    Surat Setuju Terima (SST) ialah surat yang mengesahkan penerimaan sesuatu tawaran berasaskan kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan di dalam dokumen tender, draf dokumen kontrak yang telah dikeluarkan terdahulu, syarat-syarat yang telah dipersetujui di dalam Surat Niat dan syarat-syarat lain yang telah dipersetujui. SST hendaklah dikeluarkan kepada kontraktor yang berjaya setelah semua rundingan selesai dan persetujuan dicapai. Semua syarat dan perubahan yang telah dipersetujui dalam rundingan hendaklah dinyatakan dengan jelas dalam SST. SST ialah dokumen perundangan yang sah dan merupakan sebahagian daripada dokumen kontrak.

  4.  

    1. Apakah yang dimaksudkan Tempoh Tanggungan Kecacatan @ Defect Liability Period (DLP) ?

    Tempoh tanggungan kecacatan  Defect Liability Period (DLP) adalah satu tempoh di mana kontraktor perlu memperbaiki apa-apa kecacatan yang dikenal pasti oleh pegawai penyelia selepas sesuatu kerja diperakukan siap. Semua perbelanjaan membaiki kecatatan hendaklah ditanggung oleh kontraktor dan tiada sebarang kos tambahan dikenakan kepada Kerajaan.

     

    1. Berapa lama Tempoh Tanggungan Kecacatan @ Defect Liability Period (DLP)  ?

     Tempoh tanggungan kecacatan bagi kontrak kerja adalah seperti yang berikut:

    1. Bagi kontrak kerja yang bernilai di antara RM10,000 hinggaRM100,000, enam(6) bulan dari tarikh kerja diperakukan siap; dan

    Bagi kontrak kerja yang bernilai melebihi RM100,000 sekurang-kurangnya dua belas (12) bulan dari tarikh diperakukan siap. Bagi kerja-kerja elektrikal dan mekanikal tempoh waranti ke atas alat-alat dan logi-logi adalah dua belas (12) bulan tetapi dalam kes-kes tertentu oleh kerana kerumitan kerja, tempoh tanggungan kecacatan yang lebih lama daripada dua belas (12) bulan boleh dikenakan.

  5.  

    1. Apakah yang dimaksudkan dengan Bon Pelaksanaan?

    Bon Pelaksanaan ialah suatu bentuk jaminan yang perlu dikemukakan oleh kontraktor yang mendapat kontrak daripada Kerajaan, yang boleh dipegang oleh Kerajaan bagi melindungi kepentingannya dan memastikan kontraktor melaksanakan semua obligasi di bawah sesuatu kontrak.

     

    1. Adakah Bon Pelaksanaan diperlukan bagi semua Kontrak?

    Bon pelaksanaan diperlukan untuk kontrak bernilai melebihi RM200,000.00 sahaja

  6.  

    1. Apakah bentuk-bentuk Bon Pelaksanaan?

     Bon pelaksanaan boleh diberi dalam bentuk seperti berikut:

    1. Jaminan Bank yang dikeluarkan oleh bank-bank berlesen di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 yang beroperasi di Malaysia; atau
    2. Jaminan Insurans yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat insurans yang berlesen di bawah Akta Insurans 1996 yang beroperasi di Malaysia; atau
    3. Jaminan Syarikat Kewangan yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat kewangan berlesen di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 yang beroperasi di Malaysia; atau
    4. Jaminan Bank yang dikeluarkan oleh bank-bank berlesen di bawah Akta Bank Islam 1983 yang beroperasi di Malaysia; atau
    5. Jaminan Takaful yang dikeluarkan oleh pengendali takaful yang berdaftar di bawah Akta Takaful 984 yang beroperasi di Malaysia; atau

    Jaminan yang dikeluarkan oleh Bank Pembangunan & Infrastruktu Malaysia Berhad (BPIMB); atau (g) Wang Jaminan Pelaksanaan (untuk kerja sahaja).

button_icon