Multi Language [EN] [BM]
Peta Laman Portal MyGOV
W3C Disability Accessibility
Senarai Arkib

Dasar Privasi

Pekeliling Terkini Berita & Aktiviti Carta Organisasi Soalan Lazim Piagam Pelanggan
Hubungi Kami
Notis Terkini Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Buku Belanjawan Tahunan

1.png

Taklimat Pekeliling Kewangan Kewangan Bilangan 1 dan 2 Tahun 2024.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Taklimat Pekeliling Kewangan Kewangan Bilangan 1 dan 2 Tahun 2024 telah diadakan pada Hari Isnin 30 Januari 2024 bertempat di Arkadia Event Place, Rumah Kelab Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perak (PKNP). Sesi ini adalah kesinambungan dari program Majlis Apresiasi Literasi Kewangan yg telah dihadiri oleh ketua-ketua jabatan, manakala sesi taklimat ini pula melibatkan anggota jabatan/agensi yang terlibat secara langsung dengan urusan urusan Kewangan di jabatan masing-masing.


Taklimat ini bertujuan memberi kefahaman kepada jabatan dan agensi di bawah Kerajaan Negeri Perak mengenai kandungan Pekeliling Kewangan Bilangan 1 Tahun 2024 yang berkaitan dengan Anggaran Perbelanjaan Negeri Perak Darul Ridzuan 2024. Pekeliling Kewangan Bilangan 2 Tahun 2024 pula menekankan Pengurusan Perbelanjaan Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan. Selain itu, sesi ini turut memberi peluang jabatan berinteraksi terus kepada pegawai-pegawai dari Pejabat Kewangan Negeri yang turut terlibat dalam sesi tersebut.


Sesi dimulakan dengan ucapan aluan oleh Cik Aida Hazlyn binti Hassan, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Perak. Taklimat Pekeliling Bilangan 1 dan 2 tahun 2024 disampaikan oleh Puan Haslina Binti Tan Sali iaitu Ketua Pen. Pegawai Kewangan Negeri (Bajet & Pinjaman). Sesi taklimat tamat pada jam 12 tengah hari.


 
Majlis Apresiasi dan Literasi Kewangan

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active

Majlis Apresiasi dan Literasi Kewangan telah diadakan pada Hari Isnin 29 Januari 2024 bertempat di Arkadia Event Place, Rumah Kelab Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perak (PKNP). Majlis ini telah dihadiri oleh ketua-ketua dan wakil jabatan negeri Perak. Ia bertujuan untuk memberi penghargaan kepada jabatan-jabatan yang telah mendapat markah cemerlang dalam pengurusan kewangan yang dinilai melalui sesi pengauditan yang dilaksanakan oleh Unit Naziran, Pejabat Kewangan Negeri Perak sepanjang tahun 2023. Majlis dimulakan dengan ucapan apresiasi oleh YB Pegawai Kewangan Negeri Perak iaitu Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin dan disusuli dengan sesi penyampaian Sijil Apresiasi Pengurusan Kewangan 2023. Majlis diteruskan dengan taklimat oleh Bahagian Audit Dalam, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak bertajuk Antara Kaca Dan Permata: Penemuan Audit Pengurusan Kewangan Tahun 2023. Sesi diakhiri dengan taklimat oleh Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Perak iaitu Cik Aida Hazlyn Binti Hassan bertajuk Pengurusan Kewangan Berhemat: Hidup Akur, Ikut Catur yang turut berkisar dengan Pekeliling Kewangan Bilangan 1 dan Bilangan 2 Tahun 2024.


PERAK LANCAR TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active

13 Oktober 2023 - Kerajaan Perak hari ini melancarkan Tabung Kemanusiaan Palestin bertujuan mengutip dana bagi membantu meringankan penderitaan rakyat Palestin yang menjadi mangsa kezaliman Zionis Israel. Kerajaan negeri mengalu-alukan jabatan dan agensi, sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai untuk sama-sama menyumbang ke dalam tabung tersebut. Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam Bendahari Negeri Perak bernombor 08013010064660. Sila nyatakan di ruangan perihal "TabungPalestinNo.TelefonNama" untuk pengeluaran resit rasmi


button_icon