Pejabat Kewangan Negeri Perak telah menganjurkan Kursus Akaun Belum Terima (ABT) pada 14 hingga 16 Mei 2025 bertempat di Hotel Casuarina@Meru, Ipoh. Kursus ini disempurnakan dengan kehadiran Tuan Megat Amirul Zaini Jamalullail bin Megat Jamaluddin, Bendahari Negeri Perak yang hadir bagi merasmikan kursus tersebut.
Sasaran peserta kursus ini adalah dari kalangan pegawai dan anggota dari beberapa jabatan di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak. Fokus bagi kursus ini adalah berkaitan kawalan dan pengurusan Akaun Belum Terima yang mana ianya menjadi salah satu elemen penting Penyata Kewangan.
Kursus telah dihadiri oleh seramai 60 orang peserta yang terdiri dari pegawai dan anggota yang terlibat secara langsung dalam pengurusan Akaun Belum Terima.