Multi Language [EN] [BM]
Peta Laman Portal MyGOV
W3C Disability Accessibility
Senarai Arkib Pekeliling Terkini Berita & Aktiviti Carta Organisasi Soalan Lazim Piagam Pelanggan
Hubungi Kami
Notis Terkini Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Buku Belanjawan Tahunan

1.png

YAB Menteri Besar Perak membuat rumusan pada akhir sesi Dialog Belanjawan.
Sesi Dialog Belanjawan Negeri Perak 2026: Platform Inklusif Himpun Pandangan Rakyat

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Ipoh, 30 September 2025 – Pejabat Kewangan Negeri Perak dengan usahasama Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak dan Institut Darul Ridzuan telah mengadakan Sesi Dialog Belanjawan Negeri Perak 2026 bertempat di Kelab Golf Diraja Perak. Sesi bersama Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan iaitu Dato’ Seri Saarani Mohamad telah dihadiri oleh Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan Negeri serta ketua-ketua jabatan dan agensi.

Penganjuran dialog ini bertujuan mengumpul pandangan dan cadangan daripada pelbagai pihak berkepentingan, bagi memastikan Belanjawan Negeri Perak 2026 dirangka secara lebih inklusif, berfokus kepada kepentingan rakyat, merangsang pertumbuhan ekonomi negeri, serta menyokong agenda pembangunan mampan.

YAB Menteri Besar dalam ucapannya menegaskan bahawa dialog ini menjadi wadah penting dalam usaha memperkukuh prinsip keterbukaan dan ketelusan kerajaan negeri, di samping memastikan dasar kewangan negeri sejajar dengan aspirasi pembangunan Perak Sejahtera 2030 serta selari dengan agenda nasional Malaysia MADANI.


 
Sesi Sign-off Simulasi Pemulihan Bencana iSPEKS
Simulasi Pemulihan Bencana Sistem iSPEKS Perak 2025

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

WhatsApp Image 2025 09 24 At 135530 A113fec4IPOH, 22–24 September 2025 –  Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Perak dan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah berjaya melaksanakan Simulasi Pemulihan Bencana Sistem iSPEKS Perak 2025. Program ini dilaksanakan bagi menguji keberkesanan pelan tindakan pemulihan sistem iSPEKS  sekiranya berlaku insiden luar jangka.

Program dimulakan pada 22 September 2025 dengan Sesi Taklimat Simulasi yang diadakan di Kinta Riverfront, Ipoh. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Encik Megat Amirul Zaini Jamalullail bin Megat Jamaluddin, disusuli dengan taklimat oleh Pn Anishah binti Abd Wahid, Timbalan Pengarah Bahagian Khidmat Perunding JANM serta En Muhammad Azhar Fairuzz Hiloh, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Perunding JANM. Sesi ini dihadiri oleh pusat tanggungjawab yg menggunakan Sistem iSPEKS negeri Perak .

Pada 23 September 2025, program diteruskan dengan sesi simulasi integrasi bayaran dan terimaan di persekitaran pusat pemulihan bencana, manakala kemuncaknya pada 24 September 2025 menyaksikan simulasi penuh pemulihan bencana dengan penglibatan menyeluruh semua pusat tanggungjawab yang menggunakan Sistem iSPEKS Negeri Perak.

Simulasi bersepadu ini berjaya dilaksanakan dengan tempoh masa hanya 4 jam 23 minit, sekaligus membuktikan tahap kesiapsiagaan dan kecekapan pasukan dalam memastikan kesinambungan operasi Sistem iSPEKS Negeri Perak.

Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Perak merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen, kerjasama dan sokongan sehingga menjayakan simulasi ini.


  • Mesyuarat Pemeriksaan Belanjawan Negeri Perak Tahun 2026
  • Mesyuarat Pemeriksaan Belanjawan Negeri Perak Tahun 2026
  • Mesyuarat Pemeriksaan Belanjawan Negeri Perak Tahun 2026
  • Mesyuarat Pemeriksaan Belanjawan Negeri Perak Tahun 2026
  • Mesyuarat Pemeriksaan Belanjawan Negeri Perak Tahun 2026

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active

IPOH PERAK, 28 April 2025 – 30 April 2025 - Pejabat Kewangan Negeri Perak telah menganjurkan Mesyuarat Pemeriksaan Belanjawan Negeri Perak Tahun 2026 secara berpusat mengikut zon dengan jabatan/Agensi berkaitan.Pemeriksaan Belanjawan Negeri Perak Tahun 2026 yang melibatkan 4 Zon iaitu Zon Tengah I,Tengah II, Utara dan Selatan.
Bagi Zon Tengah I telah berlangsung program tersebut selama 3 hari, bertempat di AC Hotel by Marriot, Ipoh, Perak.


CAMERON HIGHLANDS, 18 Mei 2025 – 21 Mei 2025 - Pejabat Kewangan Negeri Perak telah menganjurkan Mesyuarat Pemeriksaan Belanjawan Negeri Perak Tahun 2026 secara berpusat mengikut zon dengan jabatan/Agensi berkaitan.Pemeriksaan Belanjawan Negeri Perak Tahun 2026 yang melibatkan 4 Zon iaitu Zon Tengah I,Tengah II, Utara dan Selatan.
Bagi Zon Tengah II telah berlangsung program tersebut selama 4 hari, bertempat di Zenith Hotel Cameron Highland.


TAIPING PERAK, 25 Mei 2025 – 28 Mei 2025 - Pejabat Kewangan Negeri Perak telah menganjurkan Mesyuarat Pemeriksaan Belanjawan Negeri Perak Tahun 2026 secara berpusat mengikut zon dengan jabatan/Agensi berkaitan.Pemeriksaan Belanjawan Negeri Perak Tahun 2026 yang melibatkan 4 Zon iaitu Zon Tengah I,Tengah II, Utara dan Selatan.
Bagi Zon Utara telah berlangsung program tersebut selama 4 hari, bertempat di Novotel Hotel, Taiping, Perak.


TANJUNG MALIM, PERAK 11 Jun 2025 – 14 Jun 2025 - Pejabat Kewangan Negeri Perak telah menganjurkan Mesyuarat Pemeriksaan Belanjawan Negeri Perak Tahun 2026 secara berpusat mengikut zon dengan jabatan/Agensi berkaitan.Pemeriksaan Belanjawan Negeri Perak Tahun 2026 yang melibatkan 4 Zon iaitu Zon Tengah I,Tengah II, Utara dan Selatan.
Bagi Zon Selatan telah berlangsung program tersebut selama 4 hari, bertempat di Hotel Scholar’s Suite Tanjung Malim, Perak


  •  Kursus Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK)
  •  Kursus Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK)
  •  Kursus Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK)

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active

IPOH, PERAK 26 Jun 2025 (Rabu) - Pejabat Kewangan Negeri Perak telah menganjurkan Kursus Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK) yang telah berlangsung selama 1 hari di Bilik Makan ADUN, Bangunan Perak Darul Ridzuan. Kursus ini yang melibatkan peserta seramai 120 orang dari semua PTJ yang terdiri dari kakitangan yang terlibat secara langsung dalam tugas-tugas kewangan.


  • Kursus Audit Dalam Berkaitan Pengurusan MS ISO 9001:2015 (MKSP) dan ABMS 37001:2016 (ABMS
  • Kursus Audit Dalam Berkaitan Pengurusan MS ISO 9001:2015 (MKSP) dan ABMS 37001:2016 (ABMS
  • Kursus Audit Dalam Berkaitan Pengurusan MS ISO 9001:2015 (MKSP) dan ABMS 37001:2016 (ABMS

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active

IPOH, PERAK 28 Mei 2025 – 30 Mei 2025 - Pejabat Kewangan Negeri Perak telah menganjurkan Kursus Audit Dalam Berkaitan Pengurusan MS ISO 9001:2015 (MKSP) dan ABMS 37001:2016 (ABMS) yang telah berlangsung selama 3 (Tiga) hari di Bilik Makan ADUN, Aras 2, Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Kursus ini bertujuan untuk bagi memastikan penilaian ke atas kesediaan maklumat yang didokumentasikan dan penilaian pematuhan terhadap pelaksanaan Anti Bribery Management System (ABMS) serta keberkesanan audit dalam yang dijalankan, Kursus ini perlu dilaksanakan bagi menambahbaik proses pengauditan sistem pengurusan antirasuah dalam organisasi yang lebih berkesan berdasarkan keperluan standard yang telah ditetapkan. Kursus ini melibatkan seramai 30 orang peserta dari semua Unit yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan yang terlibat secara langsung dalam tugas-tugas dokumentasi ISO dibawah jawatankuasa MS ISO 9001:2015 (QMS) & MS ISO 37001:2016 (ABMS). Ucapan terima kasih di atas kehadiran dan kerjasama semua peserta sepanjang kursus berlangsung.


button_icon