
Ipoh, 13 Oktober 2025 (Isnin) – Taklimat Penutupan Akaun Akhir Tahun 2025 Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan telah diadakan di Hotel Casuarina @ Meru bermula jam 9.00 pagi.
Taklimat ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan penyelarasan proses penutupan akaun di semua jabatan dan agensi di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri, selain memastikan ketepatan serta ketelusan rekod kewangan bagi tahun semasa.
Selain itu, sesi ini turut menekankan kepentingan penyediaan laporan kewangan akhir tahun yang lengkap dan teratur, di samping membantu pegawai mengenal pasti serta menyelesaikan isu atau kesilapan transaksi perakaunan sebelum tarikh penutupan akaun. Melalui taklimat ini juga, diharapkan tahap kecekapan dan akauntabiliti dalam pengurusan kewangan negeri dapat terus dipertingkatkan.
Taklimat telah dihadiri oleh YBhg. Bendahari Negeri, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri, pegawai-pegawai kanan Pejabat Kewangan Negeri, serta wakil-wakil Pusat Tanggungjawab (PTJ) dari seluruh Negeri Perak.
Program ini menjadi platform penting dalam memperkukuh tadbir urus kewangan yang berintegriti dan berdisiplin, seiring dengan komitmen Kerajaan Negeri untuk memastikan pengurusan kewangan yang cekap, telus dan bertanggungjawab menjelang penutupan akaun tahun 2025.
