Multi Language [EN] [BM]
Peta Laman Portal MyGOV
W3C Disability Accessibility
Senarai Arkib Pekeliling Terkini Berita & Aktiviti Carta Organisasi Soalan Lazim Piagam Pelanggan
Hubungi Kami
Notis Terkini Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Buku Belanjawan Tahunan

1.png

MAJLIS LITERASI DAN APRESIASI PENGURUSAN KEWANGAN NEGERI PERAK TAHUN 2026

MAJLIS LITERASI DAN APRESIASI PENGURUSAN KEWANGAN NEGERI PERAK TAHUN 2026

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

IPOH, 16 Januari 2026 – Pejabat Kewangan Negeri Perak telah menganjurkan Majlis Literasi dan Apresiasi Pengurusan Kewangan Negeri Perak Tahun 2026 bertempat di Jubilee Ballroom, Kelab Golf Diraja Perak, sebagai usaha memperkukuh literasi serta pematuhan pengurusan kewangan dalam kalangan jabatan dan agensi kerajaan.

Majlis ini dihadiri oleh YBrs. Puan Halizah binti Sipun, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan); YBrs. Encik Muhammad Nazri bin Abdullah, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri; YBrs. Puan Noorakmar binti Hussin, Bendahari Negeri; YBrs. Puan Haslina binti Tan Sali, Ketua Penolong Pegawai Kewangan Negeri (Bajet); serta ketua-ketua jabatan dan wakil jabatan negeri dan persekutuan.

Pengisian majlis ialah penyampaian Sijil Apresiasi Naziran ISPEKS Komponen Belanja Tahun 2025 kepada 17 jabatan dan bahagian yang mencatat tahap pematuhan terbaik terhadap tatacara kewangan yang berkuat kuasa. Penilaian naziran melibatkan lapan skop pengurusan kewangan, antaranya perolehan, proses bayaran, panjar wang runcit, tuntutan elaun dan pembayaran gaji.

Antara penerima sijil apresiasi ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak, Jabatan Pertanian Negeri Perak, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah terpilih, Jabatan Kerja Raya Bagan Datuk serta Pejabat Agama Islam beberapa daerah di Perak.

Seiring usaha berterusan memperkasa pematuhan kewangan, kriteria penilaian naziran akan diperluaskan merangkumi komponen hasil dan aset, selain mengekalkan komponen belanja sedia ada, termasuk pengenalan kategori khas bagi Pejabat Daerah dan Tanah.

Majlis turut disusuli dengan Taklimat Pekeliling Bil. 1 dan 2 Tahun 2026 serta Taklimat Garis Panduan Pejabat Kewangan Negeri Perak yang disampaikan oleh YBrs. Encik Muhammad Nazri bin Abdullah.

Sumber gambar: Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak

button_icon