Pada 13 Oktober 2023 (Jumaat) bertempat di Dewan Bankuet, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak telah berlangsung Sesi Taklimat Surat Pekeliling Kewangan Negeri Perak Bil.1 Tahun 2023 Garis Panduan Dan Peraturan Penutupan Akaun Bagi Tahun Kewangan 2023. Sesi ini bermula jam 9.00 pagi dengan ucapan alu-aluan dari Bendahari Negeri Perak iaitu Encik Megat Amirul Zaini Jamalullail bin Megat Jamaludin yang berkisar tentang integriti dalam pengurusan kewangan. Sesi ini diteruskan dengan penyampaian taklimat pekeliling tersebut oleh Puan Nor Shuhaiza Bt Mohd Redzuan yang merupakan Timbalan Bendahari Negeri Perak disusuli dengan pembentangan isu-isu pengurusan aset oleh Siti Salwa binti Abdul Geni iaitu Penolong Bendahari Negeri Perakaunan Kos & Aset.
Sesi ini telah dihadiri oleh wakil Jabatan dan Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak. Sebagai penutup sesi, wakil dari setiap unit berkaitan kewangan iaitu Unit Operasi Bayaran, Unit Dana dan Terimaan serta Unit Akaun turut berkongsi isu-isu dan tindakan yang perlu dilaksanakan oleh PTJ bagi memastikan proses penutupan akaun dapat dilaksanakan dengan lancar. Sesi tamat pada jam 12.00 tengah hari.
Klik di sini untuk keterangan lanjut berkenaan dengan pekeliling.