Multi Language [EN] [BM]
Peta Laman Portal MyGOV
W3C Disability Accessibility
Senarai Arkib Pekeliling Terkini Berita & Aktiviti Carta Organisasi Soalan Lazim Piagam Pelanggan
Hubungi Kami
Notis Terkini Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Buku Belanjawan Tahunan

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

IPOH, 2 Julai 2026 – Pejabat Kewangan Negeri Perak (PKN) sekali lagi membuktikan komitmennya dalam memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan awam apabila dianugerahkan Sijil Penghargaan Projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB). Pengiktirafan ini mencerminkan usaha gigih seluruh warga kerja PKN dalam mengadaptasi transformasi digital demi kecekapan tadbir urus kewangan negeri.

Melalui pelaksanaan Projek RKB ini, PKN telah mencatatkan pencapaian luar biasa yang impaknya sangat signifikan terhadap pengurusan garis masa kerja jabatan:

Impak Reformasi Birokrasi PKN:
Mempercepatkan tempoh penyediaan Dokumen Belanjawan Tahunan Kerajaan Negeri Perak daripada 153 hari kepada hanya 45 hari sahaja—iaitu pengurangan tempoh proses kerja sebanyak lebih 70% melalui sistem eBelanjawan.


 
MAJLIS AMANAT TAHUN BARU 2026 YB PEGAWAI KEWANGAN NEGERI DAN SESI MENANDATANGANI PERAKUAN AKTA RAHSIA RASMI 1972, INTEGRITY PACT DAN IKRAR BEBAS RASUAH (IBR)

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

IPOH, 21 Januari 2026 – Pejabat Kewangan Negeri Perak telah mengadakan Majlis Amanat Tahun Baru 2026 yang disempurnakan oleh YB Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin, bertempat di Bilik Makan ADUN, Aras 2, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Majlis ini turut disekalikan dengan sesi menandatangani Perakuan Akta Rahsia Rasmi 1972, Integrity Pact, dan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) melibatkan seluruh warga kerja.

Dalam amanat beliau, YB Dato’ mengingatkan semua kakitangan supaya sentiasa proaktif dan responsif terhadap keperluan semasa. Beliau turut menegaskan kepentingan integriti yang tinggi dalam setiap pelaksanaan tugas bagi memastikan tata kelola kewangan negeri kekal cemerlang sepanjang tahun 2026.


PENEMPATAN DAN PERTUKARAN PEGAWAI DI PEJABAT KEWANGAN NEGERI PERAK

User Rating: 3 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar InactiveStar Inactive

Ipoh, 15 Disember 2025 – Pejabat Kewangan Negeri Perak merakamkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada Puan Aslizariati binti Abu Bakar atas pertukaran beliau sebagai Akauntan Gred WA13 Secara Khas Untuk Penyandang (KUP) di Pejabat Kewangan Negeri Perak, berkuat kuasa mulai 15 Disember 2025. Pejabat Kewangan Negeri Perak mendoakan agar Puan Aslizariati terus komited melaksanakan amanah dengan penuh integriti dan profesionalisme demi memperkasa kualiti penyampaian perkhidmatan awam di Negeri Perak.

Penempatan ini adalah bagi menggantikan Puan Nor Shuhaiza binti Mohd Redzuan yang telah bertukar ke Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Perak. Sehubungan itu juga, Pejabat Kewangan Negeri Perak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas komitmen, dedikasi serta sumbangan beliau sepanjang berkhidmat di Pejabat Kewangan Negeri Perak. 


MAJLIS LITERASI DAN APRESIASI PENGURUSAN KEWANGAN NEGERI PERAK TAHUN 2026

User Rating: 4 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Inactive

IPOH, 16 Januari 2026 – Pejabat Kewangan Negeri Perak telah menganjurkan Majlis Literasi dan Apresiasi Pengurusan Kewangan Negeri Perak Tahun 2026 bertempat di Jubilee Ballroom, Kelab Golf Diraja Perak, sebagai usaha memperkukuh literasi serta pematuhan pengurusan kewangan dalam kalangan jabatan dan agensi kerajaan.

Majlis ini dihadiri oleh YBrs. Puan Halizah binti Sipun, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan); YBrs. Encik Muhammad Nazri bin Abdullah, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri; YBrs. Puan Noorakmar binti Hussin, Bendahari Negeri; YBrs. Puan Haslina binti Tan Sali, Ketua Penolong Pegawai Kewangan Negeri (Bajet); serta ketua-ketua jabatan dan wakil jabatan negeri dan persekutuan.

Pengisian majlis ialah penyampaian Sijil Apresiasi Naziran ISPEKS Komponen Belanja Tahun 2025 kepada 17 jabatan dan bahagian yang mencatat tahap pematuhan terbaik terhadap tatacara kewangan yang berkuat kuasa. Penilaian naziran melibatkan lapan skop pengurusan kewangan, antaranya perolehan, proses bayaran, panjar wang runcit, tuntutan elaun dan pembayaran gaji.

Antara penerima sijil apresiasi ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak, Jabatan Pertanian Negeri Perak, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah terpilih, Jabatan Kerja Raya Bagan Datuk serta Pejabat Agama Islam beberapa daerah di Perak.

Seiring usaha berterusan memperkasa pematuhan kewangan, kriteria penilaian naziran akan diperluaskan merangkumi komponen hasil dan aset, selain mengekalkan komponen belanja sedia ada, termasuk pengenalan kategori khas bagi Pejabat Daerah dan Tanah.

Majlis turut disusuli dengan Taklimat Pekeliling Bil. 1 dan 2 Tahun 2026 serta Taklimat Garis Panduan Pejabat Kewangan Negeri Perak yang disampaikan oleh YBrs. Encik Muhammad Nazri bin Abdullah.

Sumber gambar: Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak

PENEMPATAN DAN PERTUKARAN BENDAHARI NEGERI PERAK

User Rating: 2 / 5

Star ActiveStar ActiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Ipoh, 10 Disember 2025 – Pejabat Kewangan Negeri Perak merakamkan ucapan tahniah kepada Puan Noorakmar binti Hussin, Bendahari Negeri Perak, atas penempatan beliau sebagai Akauntan Gred Utama C (KUP) di Pejabat Kewangan Negeri Perak berkuat kuasa mulai 10 Disember 2025. Pejabat Kewangan Negeri Perak mendoakan agar Puan Noorakmar terus cemerlang dan berjaya dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab di penempatan baharu demi memperkukuh tadbir urus kewangan Negeri Perak.

Penempatan ini adalah bagi menggantikan Encik Megat Amirul Zaini Jamalullail bin Megat Jamaluddin yang telah bertukar ke Kementerian Pengajian Tinggi. Sehubungan itu, Pejabat Kewangan Negeri Perak turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas komitmen, dedikasi serta sumbangan beliau sepanjang berkhidmat sebagai Bendahari Negeri Perak.


button_icon